Friday, April 30, 2010

Mengharap Mardhatillah..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Salam ceria,salam mesra,salam ukhwah kepada semua..
Sudah lama rasanya aq tak menulis sesuatu di dalam blog ku ini.
Hari ini aq nak berkongsi sikit pasal suatu topik iaitu:

"Mengharap Mardhatillah"

Pada suatu petang cam bese ar aq kat tempat keja tetiba fon aq berbunyi..
"1 2 3 go,daku berikan semua,agar kau gembira sentiasa.."
*kantoi lagu hujan,haha

Lah,upe2nya Zuhair hantar mesej kat aq setelah sekian lama dia tak mesej aq.Aq un rilek je la bukak inbox uh,tetiba mak ai,dia tny aq soalan,huh..soalannya ialah:

"Apa yang hang paham pasai konsep Mardhatillah??"

Buzz,terkedu aq!!
Tapi takpe,berbekalkan ilmu pqs,psi,tazkirah kat musolla yg aq dgr hari2,aq un jawab..

"Mardhatillah dari segi bahasa ialah karedhaan Allah Taala,atau dgn kata lain kita hidup kat dunia ni adalah semata2 hendak mencari keredhaan Allah Taala,bukan sebab nak dapatkan sesuatu yg kita impikan ke,berjaya lam hidup ke even nak dapatkan pahala un bukanlah tujuan utama kita hidup kat dunia ni,tu semua hnya lah tujuan2 kecil atau asbab untuk kita hidup kat dunia ni.Pernah diceritakan kisah pada zaman rasulullah bahawa ada seorang sahabat ni yg dia melakukan segala macam kebaikan kat dunia ni dan dia yakin dia telah memperoleh pahala yg begitu banyak,akan tetapi dia taidak masuk syurga selepas dia meninggal kerana dia terlupa untuk mensetkan niat dia hidup kat dunia ni adalah semata2 untuk mencari keredhaan Allah Taala"

Huhu,semua uh aq taip lam msj,dekat 5 page gak ar.Yang kisah sahabat uh aq ingat2 lupa,tapi aq taip gak bagi kat Zuhair..Huhu.
Aq bukanlah faqih sangat bab2 ni,jadi aq bantai je la jawab.Lau nak dibandingkan ngn jawapan Abbas ke Azry ke,arif Amin ke,mau jauh menyasar..hahahahah.

Then Zuhair balas:

"Bla..bla...tp timbul lagi satu persoalan,sejauh mana usaha kita untukmendapat mardhatillah tu,maksud aq betul ka kita jdkan mardhatillah 2 sbg matlamat kita dalam kerja yg kita wat sehari2?k,la aq tny hang la ni adakah hidup hang menuju mardhatillah?"

Fuhh,mak ai,soklan si Zuhair ni mmg mencabar gila2 la,aq nak jawab un ssh,aq terasa cam hidup aq sekarang ni dah la tunggang langgang,jd cam segan nak jawab soklan ni.
Tapi,untuk tidak menghampakan si beliau,aq un jawab:

"Sebenarnya dia macam ni,ada tiga golongan,
Pertama,golongan tu mmg dia hidup kat dunia ni mmg dia dah setkan dalam hidup dia adalah untuk mencari keredhaan Allah Taala,macam alim ulama,orang2 yg mmg faqih lam bidang agama,etc..
Kedua,golongan itu,dia tau hidup kat dunia ni adalah untuk mencari keredhaan Allah Taala,tetapi niat dia itu secara batin,tidak nampak,maksudnya dia mmg tau tapi secara zahirnya mmg lau dia buat sesuatu dia niat nak dapatkan apa yg dia nak,cam 11A+ ke,etc..
Ketiga,golongan itu mmg dia tidak setkan langsung niat dia hidup kat dunia ni adalah untuk mencari keredhaan Allah Taala,malahan hidup kat dunia ni adalah semata2 untuk mencari kekayaan,populariti n etc..
Jadi aq cakap,aq mungkin lam golongan kedua..huhu"

Lepas itu,setelah Zuhair puas ngn jawapan aq,perbincangan topik kiteorang un berakhir.
Mmg penat ar jari jemari aq menaip msj uh.Haha,tapi takpa,sekurang kurangnya ada gak org ingtkan aq kembali apakah tujuan sebenarnya aq hidup kat dunia ni.

Jadi kesimpulannya,marilah kita refresh balik diri kita,muhasabah sekali sekala tgk apa tujuan kita hidup kat dunia yang sementara ni.Sebab kita ni manusia kadang2 terlupa kan??Hehe
Sekian saja,Wallahua'lam

Tuesday, April 27, 2010

Terasa Syahdu..

Assalamualaikum..

Malam ni aq terasa sangat syahdu+terharu..
Tatkala aq sedang on9,aq bukak nasyid.fm..
(Ni kali pertama aq bukak nasyid f.m through laptop.Huhu,)

Besela,setiap radio ada lagu2 dia kan n ucapan2 segala..
Sedang aq melayan lagu nasyid,tetiba lepas uh ada ucapan,

"Daripada Abbas di Muar,ingin menujukan ucapan kepada Amirul yg berada di Mersing yg sentiasa bersama senang dan susah dgn sebuah lagu kiriman Asma Allah dr Sami Yusof"
*lbey kurg camtu la ayat..err

Huhu,tak sangka aq ada gak kawan aq camni.Aq tau Abbas rapat ngn suma org tapi mmg bnyak masalah kitaorg kongsi bersama..

So aq mmg appreciate la apa yg dia wat cz dia un appreciate aq lam ucapan dia..huhu

Ni je la post pendek aq,
Sayang ko Abbas dunia akhirat..ukhwah fillah abadan...abadan..abadan..insyaAllah..
=)

p/s:sapa agy nak wat ucapan kat aq??huhu,mana tau pasni kat hot fm lak ke..haha

Saturday, April 24, 2010

Jeles Seyh..

Assalamualaikum..

Hai3..aq rasa malas tapi update gak la blog ni.Huhu,tapi tajuk posting aq kali ni cam negatif je arn??
Haha,suka ati ar blog ana..(Tetiba ana)..

Huh,kenapa aq mesti jeles??
Kenapa??
Kenapa??
Kenapa??

Saje je ah,aq baca blog dak gojes,blog hayyan,blog ayan..aq jeles ar..kehidupan dorg kat intec uh.Haha,Sebenarnya aq bukan jeles sgt un dorg dapat g overc,aq jeles pasal life dorg..cam gempak je..cam,

"kamilah educated students!!"
"Kami bakal fly"
Kami straight A students!!"

*gurau2 je..
Haha,takpe,aq un bakal masuk u gak,nnti aq ada life yg gempak gak..Haha,berangan tak abis2.
Sebenarnya life uh depend pada diri kita la.Lau kita pandai create suasana,best lah life kita.Lau dah org uh hidup dia dull je,huh,sampai bila2 la boring..huhu

Sebab.hidup aq ni sekarang boring,sebab uh aq nak cepat masuk u,bebas sikit..haha.Dok umah,takle nakal2 sgt..agaga.

So,ni la post aq yg pendek.Saje nak berkongsi kejelesan aq kat korg sume kat Intec uh.haha.
Kepada USIM,
Aq,Areena,Iqa,Safwan,Syaufiq,AisyahAniep..n sape2 je la lagi yg nak masuk USIM kitaorang menanti surat tawaran dari kau!!

Semoga kita semua dapat masuk U yg diidamkan,InsyaAllah..

p/s:kepada dak2 INTEC jgn marah eh baca blog aq nie..haha



Wednesday, April 21, 2010

Persahabatn=Ukhwah??

Assalamualaikum..

Sudah lama tak mengupdate blog ni..rasa malas un ada,topic ada je.Huhu.
Ha,ni aq nak tny korg sume,

Apa definisi kawan baik@bezfren bagi korg??
Korg rasa bezfren uh penting ke lam idop korg??
Bg korg bezfren uh mesti ada satu je ke or le banyak??
haha..

Pelik tol soklan aq.
Betul en,lam idop ni lau ada kengkawan mesti best en??Org kata kawan2 la yg paling rapat ngn kita selepas ibu bapa..even kngkdg all prob diorg cerita ngn kengkwan bukan ngn parents.
Same goes to me.
Aq sangat menghargai persahabatan yg telah aq lalui 2 taon kat KISAS.
Dengan sume membe2 aq ar termasuk all my bezfren.
Tapi,lately ni pas dapat result..dorg sume jrg contact aq..tak kira la msj ke,ym ke..atau pape je la.

Adakah dorg da lupakan aq??
Atau dorg sume da berjaya,tinggalkan aq yg kurg berjaya ni??

Huhu..sememangnya aq atau sesiapa je la tak le berfikiran cam uh.
Tak semestinya lau bezfren mesti msj hari2,mesti call,mesti ym..
Mungkin dorg bz,
Dorg ada hal yg kita tak tau..
Sememangnya kita tak le underestimate nilai persahabatn uh,

Macam kawan baik aq cakap,,

"x kesahla jrg macam mana sekalipun dia contact kita,tapi yg penting apa yg dia bawak kpd kita,apa yg dia bg kat kita...kalau dia selalu bagi kebaikan kepada kita,,selalu nasihat kita,selalu tego kita,so layak la dia jd kawan baik kita"


Jadi.selalu contact@tidak uh bukanlah tanda pengukur nilai persahabtan kita en??

Ada lagi satu nasihat,

"kalau kita nak ukhwah kita kekal sampai syurga,insyaAllah kenalah ukhwah kita kerana iman dan Allah,bukan kerana kekayaan,kepandaian,kekacakan..n segala apa yg berkaitan ngn dunia la,sbb tak lama bila semua tu hilang,maka hilanglah ukhwah..jd bukan ukhwah ni yg kita nak..renungkan,,"

p/s:Tapi kat korg2 sume jgnla sampai tak contact aq langsung,haha..bosanlah hidup ini..agaga

Tuesday, April 20, 2010

Akim-Inilah Cinta Official Music Video [HQ]

Saja nak kongsi muzik video ni..suka sangat..enjoy yea..haha


Wednesday, April 14, 2010

Ok...Aq un kena tags!!

Ok,aq un kena tag..adoy,pape un thanks to Mr Fye..

Rules: It’s harder than it looks! Copy to your own blog, erase my answers, enter yours, and tag five people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real, nothing made up! IF the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any words twice and you can’t use your name for the boy/girl name question.

What is your name :Amierul

A four Letter Word :Adoy

A boy’s Name :Amir

A girl’s Name :Amira

An occupation :Aq kerja kat kedai fon..agaga

A color :Azraq iaitu biru..haha

Something you’ll wear:Aq punye suka la nak pakai hape..agaga

A type of food :Apple pie..


Something found in the bathroom :Air mandian la..


A place :Amirnye umah..*aq selalu lepak dulu..agaga

A reason for being late :Ada hal cikit tadi..*rahsia takle g tau..


Something you’d shout :Aq nak dye kawan ngn aq!!!

A movie title :Adnan sempit..


Something you drink :Air Tembikai..*aq suka sangat!!

A musical group :Amierul nye kelab Zapin..haha

An animal : Arnab..*comel deyh

type of car : Alonso nye kereta..*laju..

A type of fruit :Anggur..



Huh,akhirnya siap gak..penat pk seyh..So,sape nak kena tags??Yg rasa sedih tader org nak tags dye??nnt call aq ea,aq tags kan..hahaha


p/s:Aiman Ismail..ko nak kena tags en??Nah special dr aq..agaga

Tuesday, April 13, 2010

Pelajar KISAS...Istiqamah ke aq??

Assalamualaikum..

Sudah lama rasanya aq tak menulis dalam blog aq ni.Kepadatan waktu kerja dari pukul 9.30 pagi sampai 9.30 malam,membuatkan aq keletihan setiap hari dan tidak bermaya untuk meluahkan segala isi hatiku dalam blog ini.

Tapi,pada pagi ini,aq mengambil sedikit ruang dan peluang sebelum aq pergi kerja untuk menulis di dalam blog ini.

"Sebagai Bekas Seorang Pelajar KISAS..Istiqamah Ke Aq??"

Persoalan yg sering bermain di dalam akal fikiran ku.
Aq bukan lah Exco Badar..juga bukanlah Naqib,tapi adakah sebagai seorang pelajar biasa,aq boleh membiarkan saja diriku terumbang-ambing??

Pasti tidak bukan.Akan tetapi,semakin hari aq rasakan tarbiyah yg aq telah terima 2 tahun semakin pudar,aq rasakan diriku semakin teruk.
Astaghfirullahalazim..

Berada di rumah,di tempat kerja,aq rasakan sangat susah untuk istiqamah seperti di KISAS.
Aq tak tau sampai bila aq mampu bertahan lagi menjalani keadaan seperti ini.Aq rasa seakan begitu berdosa kerana jarang mengamalkan apa yg aq terima di KISAS.

Ianya seolah2 aq melakukan segala amalan tersebut disebabkan org lain di KISAS melakukannya.

Hubungan aq dgn Allah juga semakin jauh.Kesempurnaan solatku entah kemana,solat sunatku semakin berkurang,puasa??huh,sudah lama rasanya aq tak berpuasa sunat.Kalau dahulu di KISAS punyalah rajin puasa.Isnin,Rabu,Khamis...sekarang??Tak berdaya lagi aq..

Bukanlah niat di hati untuk menceritakan keburukan dan kelemahan diri sendiri,akan tetapi juga sebagai peringatan kepada semua sahabatku yg berada di luar sana.

Kepada korang yg berada diluar sana yg mampu beristiqamah,teruskan..jgn pernah menyesal akan apa yg telah korg wat,InsyaAllah ganjaran yg besar menanti di akhirat kelak.Kepada yg rasanya ada perasamaan dgn nasibku ini,marilah kita bersama2 mendoakan antara satu sama lain.InsyaAllah dimakbulkan..

Ok lah,pagi2 ni elok wat solat dhuha,jom!!

Assalamualaikum!!

p/s:Tapi taderlah smpai aq wat benda2 yg dosa besar2 gila..agaga

Sunday, April 4, 2010

Syukur Alhamdulillah..Mereka Masih Hidup..



Assalamualaikum..
Sudah lama rasanya aq tak mengupdate blog nie.
Aq sangat la busy bekerja.Orang len sibuk pk pasal intebiu,aq still ngn kerja aq.Ye lah dah aq tak dapat scholarship,nak wat cmner en??

Tapi tu bukan le cerita yg aq nak kongsikan kali ini.
Korang nampak kan kereta kat atas uh??
Teka kereta sapa??

Sesungguhnya,malang tidak berbau.Itu adalah kereta parents aq.
Kemalangan ini berlaku pada hari semalam iaitu 3 April 2010.

Ceritanya bermula begini.
Semalam parents aq pergi ke Kulai untuk membeli kereta kancil baru.
Jadinya,semalam parents,adik2 aq,n pakcik aq pergilah ke Kulai menaiki kereta Waja bapak aq.
Masa nie aq tak ikot cz aq kerja en.

So nak dipendekkan cerita,bila dah nak balik kereta baru uh mak aq yg bawak n ayah aq kat sebelah.Kereta Waja lak pakcik aq yg bawak n adik2 aq ada lam kereta Waja uh.

So,ketika mak aq bawak kereta uh ujan turun au.Sampai je kat Nitar,mak aq cakap dye dah tak nampak apa2,rasa gelap..terus berlaku accident.

Sangat mengerikan apabila mak aq kata kereta kancil uh bergolek2 dekat 4 kali,n last sekali kereta uh terbalik sehinggakan keempat2 tayarnya keatas.
Mak n ayah aq keluar melalui tingkap kereta.Time uh mmg ramai org ar.Aq time uh tader jd nya aq un tatau cmne keadaan sebenarnya.

Tapi,Alhamdulillah..walaupun kereta uh bergolek sampai macam uh sekali n remuk gile,tapi mak n ayahku masih selamat.Hanya luka2 kecil dan lebam sahaja.
Dan nasib baik adik aq yg baby uh duduk lam keta lagi satu.Lau tak tatau ar apa yg jadi.

Aq sangat2 bersyukur kepadamu Ya Allah kerana Engkau masih membenarkan aq mempunyai ibu dan ayah.Segala puji bagimu Ya Allah..

Syukran..