Saturday, September 17, 2011

Niat Yang Ikhlas..

Bismillahirrahmanirrahim..

Kita selalu dengar bukan yang setiap amalan kita di dunia ini haruslah berdasarkan niat kita yg utamanya.
Sejauh mana perbuatan kita melambangkan niat kita?

Ikhlas adalah kesempurnaan agama,darjat yg tinggi dan syarat diterimanya sebuah amal di sisi Allah.
Ikhlas adalah memasang niat dalam amal untuk mengharap wajah Allah semata.

Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya setiap amal bergantung kpd niat,dan setiap orng memperoleh apa yang diniatkannya"
(Muttafaqun Alaih)

Begitu besar pengaruh niat terhadap amal.
Abdullah bin Al-Mubarak mengatakan:
"Berapa bnyak amal besar menjadi kecil nilainya kerana niat.Dan berapa bnyk amal kecil yg menjadi besar nilainya kerana niat"
(Jamiul Ulum Wal Hikam)

So,kita kena tahu bhw niat harus dipasang dalam setiap amalan yg kelak menghasilkan pahala apabila amal itu ikhlas dan semata2 kerana Allah

Simple konklusi,
Janganlah kita memandang kecil sesuatu kebaikan kan?
Sebaliknya sebarlah nilai2 nilai2 kebaikan di tengah2 manusia.Sesungguhnya muslim yang terbaik adalah  yg paling bermanfaat bg manusia.

Rasulullah bersabda:
"Sebaik2 manusia adalah yg paling bermanfaat  bg manusia lainnya"
(Hadis Shahih dr Jabir)

So sebab aq un baru daftar masuk ke USIM untuk sem 1 tahun 1 SMSU,so aq rasa aq harus tajdid niat aq.
Jangan menyimpang dari tujuan yang sebenar.
Tuntut ilmu.Tuntut ilmu.Tuntut ilmu.
InsyaAllah aq akan lakukan seikhlas mungkin.
Mengharap hidayah dan petunjukmu ya Allah..

p/s:Kau rasa aq selalu happy ke?
Hurm..=.=