Saturday, June 5, 2010

Cuti..Oh...Boring!!

Assalamualaikum..

Erm,arini cuiti oh kat USIM..
Aq??
Apa je yang aq wat??
Hurm,bangun je arini da lewat..kol 10.00 pagi,
Then,aq sarapan maggie je n then aq study..

Aq suka cerita pasal study ni..
Ye la life baru seyh,
tadernya sama cam spm,
Cam aq amik syariah,dapat je A+,tapi hampeh prestasi aq kali ni,
Mungkin otak aq lom bersedia belajar lagi kot all related syariah lam arabic..

Salah sorang ustaz yg ajar aq syariah nama dia Ustaz Ridhwan..
Dia ni belajar kat Madinah,mmg terer arab ar..
Korang bayangkan kat umah dia je berpuluh2 kamus ada..mak ai,
Dia kata sapa nak memahami Islam mesti paham arab,
Sapa nak paham arab mesti banyak rujuk kamus,
So kesimpulannye,hehe,,aq da ada dua kamus..tapi dia soh beli lagi satu kamus tebal..haha..adeyh

Erm..kadang2 aq takut gak belajar syariah ni...sbb selama ni kita aplly lam exam most to ikut kehendak exam n tak berapa paham sgt kan,bila time u ni,kena apply ilmu uh sentiasa,bukan sekadar time exam je,,Aq un da naik pening ni..

Tapi pape un..Ustaz tu kata belajar hendaklah kerana Allah taala,
bukan kerana nak lulus exam je,
Aq harap niat aq un ke arah itu,semoga Allah membantu aq..
Tader idea ni,nnti aq cerita lain okke??
=)

Wednesday, June 2, 2010

Amierul Yang Harus Menceriakan Dirinya..

Assalamualaikum..

Okke,aq da update blog hari2 plak..haha
Ko sungguh happy ye amierul..baik ko jgn!!
Haha..ye la mana aq tak rilek nye minggu ni cz budak2 law pensyarah banyak yg g bengkel..arini n sok aq tader kuliah or kelas langsung..huhu

Erm,
Sebenarnya kalau kita duduk kat mana2 pun otak kita yang mengawal suasana uh..kan??
Ye la,walaupun kita tension macam mana sekalipun kita harus bertenang,always pk positive n cuba je utk senyum..=)

Macam aq,aq suka wat happy2 walaupun aq ngah sedih ke,..or ape je la..aq akan cuba sedaya upaya tok wat2 comel ke,wat lawak ke..ehe,,lazer ke..wakaka

Ko kena pk positive amierull..yeah!!
Ko harus kuat!!
Ko da besar!!
ko kena berdikari!!

Hehe,
Motivasi uh..
Erm kat sini en,macam2 jenis orang aq jumpa..baik dari segi pelajar muslimin or muslimat..
Macam kat KISAS un ada gak dr segi pergaulan..bla3..tapi KISAS lagi best n terjaga ar..huhu

Kalau yang laki lak..macam2 jenis muka ada..haha..mmg ar kan..cam muka fye ada..cam muka eerr un ada..n arghh..ada ar lagi..hehe,
Most of them baik ar cz sume dr sek agama en,tak kurang yg tahfiznye..n yada3...dak2 KISAS apa la sangat kat USIM ni..haha.

Tapi bagi aq,tak kiralah ko dari sekolah manapun,ko badar ke,naqib ke,,dak biasa ke..paling penting ko harus setkan niat belajar utk Allah Taala,
Then,walaupun ko dak bese cam aq ni tapi ko harus cuba sedaya upaya utk jadi good muslim..
Tak semestinya BADAR je yang kena act alim..pakai kopiah,datang surau selalu..baca Quran..
Kita un ada tanggungjawab kita sendiri kenapa kita diciptakan ke dunia ini..korang sume da tau kan??

Hurm,tapi ada la sorang dak KISAS ni,dari start hari first masuk USIM dia asyik tak puas hati je ngn aq,suka perli aq..yeah,mmg kiteoang da kawan 2 taon lebih en.tapi aq da tak tahan gila ngn dye..apa yg mmpu aq wat ialah bersabar..

Hurm,salah ke aq nak join usrah??
Salah ke aq cuba menjadi seorang muslim yang baik??
Salah ke aq pakai kopiah??
Salah ke aq menjadi diri aq sendiri yg korang tau macam mana en walaupun aq join usrah..??

Aq tau aq tak sebaik mana,
tapi tak yah la perli aq,
cakap aq BADAR KISAS depan dak skul lain la,then tetiba pas uh gelak kan aq..

Salah ke aq yang suka menyanyi ni?
"Eh dak usrah mana le nyanyi''

Ada ke patut dia cakap cam uh??
Huhu,
Sekurang2nye walaupun aq jahat,lagho ke,at least bila aq join usrah so tak la aq terus hanyut..
Aq cuba utk terus membaiki diri aq dari semasa ke semasa..

Dia mempersoalkan..
"Semua dak2 alim kena pakai kopiah ke??"
"Wajib ke??"
"Ada lam Quran??"

Aq malas nak berdebat pasal benda ni dgn budak yang dah belajar agama sejak dia dr darjah satu kot..
Kalau dia dah faham n sengaja nak menguji aq..biarlah..aq un tak layak nak jawab kot..
tapi aq ttp tak puas hati!!
Dia malukan aq..hurm,

Oh biarlah...aq tak nak berdendam or marah2 orang..
Biarlah dia lau nak cakap apa pun kat aq,
Aq tau aq tak sebaik mana,
Cumanya aq dah menjauhkan diri dari die,
Biarlah hati aq tenang dulu..
Aq perlu bersabar..

Go Amierul!!

p/s:Ya Allah,ko bantulah aq dalam menjalani kehidupan yg baik di USIM ini...

Tuesday, June 1, 2010

USIM...Best ke ha??

Assalamualaikum..

Hai semua,hai blog ku yg dah lama aq tak update ko..haha.
Maklumla aq da sambung pengajian aq so ssh la sikit nak jenguk ko..ye la,kat sini nak on9 kena g library..laptop lak aq tak bawak..sian ko ek??huhu

Ha,dah2 ko jgn nak sedih2 ye blog..ni aq nak cite pasal life aq kat USIM ni..hurm,first impression aq kat USIM ialah best,lawa,gempak,bagus...dan macam2 lagila..

Tapi yang sleknya ialah apartmen tempat aq tinggal uh,jauh bebeno dr USIM uh..12 km beb!!
Pagi2 nak g kuliah ke,kelas ke mesti kena tunggu bas yg disediakan USIM ar,,tapi lau lambat either kena berdiri lam bas(cam kat kg jawa)..or kena tinggal ngn bas..huhu..seksa seyh.

Tu cite pasal apartmen..ni cite pasal USIM yg sangat luas ni plak..huhu.Huh,korang tau.jarak antara cafe,fakulti,perpustakaan..yada3 sangatlah jauh..huhu,aq ni asyik berpeluh je..huhu,kesian aq en??tapi takpela da namanya belajar,,

So,as yg aq da bg tau dulu kat USIM ni aq amik syariah dan undang2..erm,aq tatau nape,tapi for this course ada 9 subjek,dan memerlukan muet band4 baru le sambung degree..otherwise lau ko tak dapat band 4,ko kena repeat muet..and lau tak lepas gak..ha,tukar kos la ko,n sia2 la masa setaun ko belajar syariah dan undang2 uh..yg mengkezutkan aq lagi ialah batch tamhidi syariah dan undang2 lepas yg dapat band 4 hanyalah 3 dr 77 org..korg bayangkan???huhu.

So,apa lagi amirul,ko kena kuatkan semangat.study leklok..ko bolehnya(ceh tetiba bg semangat kat diri sendiri..hehe)

Aq tetiba dah jd cuak semacam ni..tgk buku law uh..masyaAllah...ha korg tau lakan sejarah da boring cmne,inikan lagi law... alot of fact here n there..my god..

Hurm.ok ar..nnti ada masa aq update lagi blogku ini..hehe..ok bubbye,,,

Assalamualaikum..

p/s:kepada dak2 law yg seangkatan ngn aq..harungilah hidup ini dgn tabahnya..doakan aq ek?

Friday, May 21, 2010

Ish..lagi dua hari je nie..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Cuak.Takut.Tak Sabar.Happy.Sedih.

Adoyai,semua uh ada lam hati aq sekarang.Lagi dua hari je sebelum aq pergi mendaftar ke Universiti Sains Islam Malaysia bagi jurusan Syariah Dan Undang-Undang.
Perasaan memang bercambur baur dah ni.Ramai gak kengkawan aq da settle sume tinggal nak pergi je.Aq??huhu,ada la lagi here n there tak settle..harap hari ni settle sume.

Cuak & Takut??
-Sebab aq tak tau life universiti ni camne
-Aq da tak berapa ingt all related syariah n arabic.
-Takut je jumpa budak2 yg tak betul ke,tak kamching ke..adeyh

Tak Sabar & Happy??
-Nak rasa life yg baru kat u..
-Sebab aq nak jumpe kwn2 baru n kwn2 lama gak..haha
-Aq nak menajamkan balik otak aq yg da berkarat tahap apa dah ni..huhu

Sedih??
-Sebab aq nak tinggalkan rumah n family
-Utk2 mula2 no blogging,facebooking,yahoo messengering kot,hua3
-Semua kawan2 baik aq kat Kisas akhirnya menuju haluan masing-masing..

Pape un u all,aq mmg dok gelabah kat umah nie,Once everything da settle baru la aq lega.

p/s to all my best fren:
Zuhair:Gud Luck utk kehidupan hang kat Darul Quran..Semoga niat hang dalam mempelajari ilmu dan kalam Allah diberkati..semoga persahabatan kita berkekalan..=)

Abbas:Hang un bakal fly kan??Gud luck..aq pasti merindui kenangan masa2 kita bersama..thanks 4 everythings..=)

Izzuddin:Hello debator!!..pasni susah le kita nak jumpe..best kawan ngn ko..thanks cz gile2 banyak bantu aq..semoga berjaya impian ko nak jd doctor..=)

Daniel:Aq sangat merindui saat berkambengan ngn ko,memetom,bergalak..menceriakn kelas..sume ngn ko lah..pasni lau da belajar kat overc jgn lupa aq ok??Thanks 4 everythings..=)

Fye:Budak bilik aq..hurm,semoga berjaya kat Us..nnti da berjaya jgn lupa aq..ingt rahsia aq simpan tau!!..hehe..=)

Amir:Thanks cz jadi cikgu add math aq..suka kawan ngn ko..thanks cz always bantu aq..aq harap ko takkan lupakan aq..=)

Safwan:Hey dude..pasni sama u kan,so takyah nak sedih2 kat sini..haha,nnti jumpe gak..haha

Aiman Basrun:Hey budak kecik!!..hehe,gud luck tok ko pasni,belajar leklok,thanks cz banyak bantu aq..=)

Hayyan:Hi budak intec..erm ko da masuk intec da tak ingt aq ek??takper2..huhu,pape un thanks sbb selalu bntu aq lam kelas,selalu teman aq g mana2..teman aq outing gak..teman main boling..hehe..da berjaya jgn lupa aq..=)

Abid:Gud luck kat uia..belajar leklok noh,jan tido2..semoga berjaya..=)

Ismat:Hai ismat..saat kita berkenalan dan mula rapat hanyalah di waktu exam spm,,tapi hang ttp bnyk bantu aq..gud luck!!..=)

Hizry:Ko ibarat siti dgn simply sitinya..suara ko pun ibarat siti..hua3..thanks cz jadi kawan aq..moga sukses..=)

Syinon:Hai sabahan,TQ sbb jadi kawan aq..semoga hang berjaya dalam megejar cita2 menjadi sasterawan negara terulung!!..=)

Eyqa:Gud Luck kat KMM..belajar rajin2 n ko pasti berjaya..kita bersama sejak tadika tapi akhirnya kita berpisah gak,,huhu,,,jgn lupa aq okke??..=)

Nisa:Thanks cz jadi kawan aq..5 taon kita bersama akhirnya berpisah..takpe ko jgn sedih..pergi u mana pun,umah ttp kat Mersing..haha

Azyan:Hai dak montel..hehe,ko la muslimat yg baik n sporting yg jadi kwan aq..best kawan ngn ko..da kat intec uh jgn la lupakan aq..semoga ko berjaya..=)

N to all my frens..gud luck 4 ur future,,study hard then u will sukses..ingat persahabatan bukanlah bersilih ganti sebagaimana kita bersilih ganti tempat belajar..ukhwah fillah itu yg penting..

Assalamualaikum..=)


Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru..

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Selamat Hari Guru di ucapkan kepada semua insan yang bergelar guru di dunia ini,

Especially to my mom:

Puan Rosilah Binti Sulaiman
(Guru Tadika, n also teach me when i was in tadika)

Guru2 Tadika Kemas Air Merah,

Guru2 Tadika Kemas Tenglu,

Guru2 Sekolah Kebangsaan Sawah Dato'

(Bm-Cikgu Ghani)
(Mate-Cikgu Noorin)
(Bi-Cikgu Norzihan,Puan Normala)
(Sc-Cikgu Fatimah,Cikgu Rahayu,Puan Sabihah)
(n etc..)

Guru2 Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing

(Bm-Cikgu Che Zarina,Cikgu Salleh,Cikgu Sarimah)
(Bi-Cikgu Khim,Cikgu Yuza,Cikgu Azian)
(Sej-Cikgu Azman,Cikgu Rokiah,Cikgu Maznah)
(Matematik-Cikgu Hasyidah,Puan Hjh Fadzilah)
(Geografi-Cikgu Khim,Cikgu Noriah)
(Sains-Cikgu Erma,Cikgu Roziana)
(K.Hidup-Cikgu Fairos,Cikgu Wan Maznah)
(B.Arab-Ustazah Hayati Yusof,Ustazah Amizah)
(P.Islam-Ustazah Hayati Yusof,Ustazah Hayati Salleh,Ustazah Najah,Ustazah Zainab)
(Bio-Cikgu Wan Syamsul)
(Kim-Cikgu Noreen)
(Fiz-Cikgu Hafiz)

Guru2 Kolej Islam Sultan Alam Shah

(Bm-Puan Khazanah Binti Che Jusoh)
(Bi-Madam Mohana Kala a/p Murugaiyan)
(Sejarah-Puan Sakinah Binti Amir Hussin)
(Biology-Puan Siti Marina Binti Mohd Tohid)
(Fizik-Puan Aumi Makhmuda Binti Muslimin)
(Kimia-Puan Normawati Binti Md Rayis,En Saiful Bahri Bin Mustafa)
(Pendidikan Syariah Islamiah-Ustazah NorAziah Bte Ahmad)
(Pendidikan Al-quran & Sunnah-Ustazah Misyati Bte Amat Sehab,Ustazah Zubaidah Bte Zainuddin)
(Matematik-Puan Sharipah NorAshikin,Puan Ainon Binti Tamby Chik)
(Additional Mathematics-Puan Nik Norlan Binti Abd Rahman,Cik Mariah Bte Abd Rahman)
(Bahasa Arab-Ustazah Nik Mahizan Binti Nik Mohamad,Ustazah Khairiah Binti Arbain)

Dan juga kepada semua guru yang pernah mengajar insan bernama Muhamad Amirul Bin Razali
Jasa kalian semua amat dihargai dan semoga segala usaha kalian semua dalam mendidik anak bangsa diberkati dan dirahmati Allah sentiasa...=)

p/s:Amierul sangat sayang akan semua cikgu Amierul..=)

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu..Sayang Mak!!

Assalamualaikum..

Hari ni aq bukak je blog tgk sume post pasal Hari Ibu.
Ye hari ni hari ibu.
Seperti sebelum2nya,aq tak pernah sambut hari ibu.Ntah,taktau nape mungkin tak pernah menyambutnya dr dulu menyebabkan aq tak biasa.Lagilah aq hny ada dua org adik beradik..huhu.
Even aq nak wish Selamat Hari Ibu pun aq segan..haha..apalah aq ni..huhu.

Tapi jauh disudut hati aq sentiasa mendoakan ibuku.Aq menyayanginya sepenuh hati walaupun kengkadang aq letih dah ngn bebelan dia..haha.
Biarlah ibu kita garang macam manapun or baik sangat sekalipun..kita harus tetap menyayanginya sepenuh hati.

Yeah,aq tak nafikan kengkadang aq ada jugak cam tak puas hati ke or kurang ajar ke,tapi tu semua tak menandakan aq tak sayang ibuku.
Mungkin time tu aq tgh marah..biasalah manusia..

Oleh itu,kepada Puan Rosilah Bt Sulaiman a.k.a cikgu sheila,

"Selamat Hari Ibu"

Maafkan segala dosa2 along...sentiasalah beri tunjuk ajar pada along...dan along nak mak tau along sayang mak sangat2..

Love u mom forever!!

Friday, May 7, 2010

Aq lah Budak Celcom..







Assalamualaikum semua!!

Hai3..lama seyh aq tak update blog ni,dah seminggu dah..huhu.
Tinggal 8 hari je lagi sebelum kerja aq sebagai budak celcom berakhir.Huhu,rasa cam sedih nak berhenti tapi nak wat camne kan,aq mesti bersedia tok masuk U.

Nampak tak gambar aq kat atas??Haha,tu lah baju yg aq pakai g kerja pada hari Isnin,Rabu dan Jumaat.Untuk hari2 laen aq pakai baju lagi satu warna ungu.Huhu.
Gambar bawah sekali uh best.Kasut Crocs.Haha.Jadi trend skunk ni kat Mersing.Ramai org pakai terutamanya dak2 remaja ar.Yang bestnya time2 nak abis keja ni la selipar aq putus.Jadi,aq belilah selipar crocs ni.Lepas tu.akak2 yg keja sekali ngn aq ni un beli gak..haha,habis satu kedai memakai crocs,tinggal lagi bos je belum.Haha.

Kerja kat kedai fon ni bukanlah sukar mana pun.Orang kata keja cam budak pompuan.Haha,peduli apa aq.Aq bukannye nak keja berat2 un memandangkan aq kerja sementara je un.Huhu,so kerja aq simple2 tapi gaji un masuk(tapi tak besar mana pun..agaga)

Macam Syinon yg kerja kat kedai fon kat Sabah,kerja aq cam dia gak.
1-Masukkan topap
*part ni aq tak suka cz andaikata tersilap masuk kena ganti pakai wit sendiri.

2-Jual fon
3-Jual simpack
4-Jual modem n broadband
5-Jual barang2 cam housing,battery etc.
*No 2,3,4,5 best cz lau jual satu mesti ada komisen..hehe

Tu keja2 bese.Lau pagi2 uh aq kena bukak pintu kedai yg tersangatlah susah nak bukak cz da lama n ada 6 pintu.Huh,pagi2 keluar peluh aq.
Balik un sama.Kira kerja aq paling penat time datang n balik ar.Tu yg balik lepak abis seyh.Haha

Hurm tu jela aq nak cite sikit pasal pengalaman aq kerja kat kedai fon ni.
Taklama lagi aq akan berhenti n menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar kembali.Tapi at least aq ada pengalaman.Huhu.
Ok,Assalamualaikum!!

p/s:Budak2 straight A KISAS tak yah keja un cz dapat RM 300,huhu..FYE belanja aq.hehe

Friday, April 30, 2010

Mengharap Mardhatillah..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Salam ceria,salam mesra,salam ukhwah kepada semua..
Sudah lama rasanya aq tak menulis sesuatu di dalam blog ku ini.
Hari ini aq nak berkongsi sikit pasal suatu topik iaitu:

"Mengharap Mardhatillah"

Pada suatu petang cam bese ar aq kat tempat keja tetiba fon aq berbunyi..
"1 2 3 go,daku berikan semua,agar kau gembira sentiasa.."
*kantoi lagu hujan,haha

Lah,upe2nya Zuhair hantar mesej kat aq setelah sekian lama dia tak mesej aq.Aq un rilek je la bukak inbox uh,tetiba mak ai,dia tny aq soalan,huh..soalannya ialah:

"Apa yang hang paham pasai konsep Mardhatillah??"

Buzz,terkedu aq!!
Tapi takpe,berbekalkan ilmu pqs,psi,tazkirah kat musolla yg aq dgr hari2,aq un jawab..

"Mardhatillah dari segi bahasa ialah karedhaan Allah Taala,atau dgn kata lain kita hidup kat dunia ni adalah semata2 hendak mencari keredhaan Allah Taala,bukan sebab nak dapatkan sesuatu yg kita impikan ke,berjaya lam hidup ke even nak dapatkan pahala un bukanlah tujuan utama kita hidup kat dunia ni,tu semua hnya lah tujuan2 kecil atau asbab untuk kita hidup kat dunia ni.Pernah diceritakan kisah pada zaman rasulullah bahawa ada seorang sahabat ni yg dia melakukan segala macam kebaikan kat dunia ni dan dia yakin dia telah memperoleh pahala yg begitu banyak,akan tetapi dia taidak masuk syurga selepas dia meninggal kerana dia terlupa untuk mensetkan niat dia hidup kat dunia ni adalah semata2 untuk mencari keredhaan Allah Taala"

Huhu,semua uh aq taip lam msj,dekat 5 page gak ar.Yang kisah sahabat uh aq ingat2 lupa,tapi aq taip gak bagi kat Zuhair..Huhu.
Aq bukanlah faqih sangat bab2 ni,jadi aq bantai je la jawab.Lau nak dibandingkan ngn jawapan Abbas ke Azry ke,arif Amin ke,mau jauh menyasar..hahahahah.

Then Zuhair balas:

"Bla..bla...tp timbul lagi satu persoalan,sejauh mana usaha kita untukmendapat mardhatillah tu,maksud aq betul ka kita jdkan mardhatillah 2 sbg matlamat kita dalam kerja yg kita wat sehari2?k,la aq tny hang la ni adakah hidup hang menuju mardhatillah?"

Fuhh,mak ai,soklan si Zuhair ni mmg mencabar gila2 la,aq nak jawab un ssh,aq terasa cam hidup aq sekarang ni dah la tunggang langgang,jd cam segan nak jawab soklan ni.
Tapi,untuk tidak menghampakan si beliau,aq un jawab:

"Sebenarnya dia macam ni,ada tiga golongan,
Pertama,golongan tu mmg dia hidup kat dunia ni mmg dia dah setkan dalam hidup dia adalah untuk mencari keredhaan Allah Taala,macam alim ulama,orang2 yg mmg faqih lam bidang agama,etc..
Kedua,golongan itu,dia tau hidup kat dunia ni adalah untuk mencari keredhaan Allah Taala,tetapi niat dia itu secara batin,tidak nampak,maksudnya dia mmg tau tapi secara zahirnya mmg lau dia buat sesuatu dia niat nak dapatkan apa yg dia nak,cam 11A+ ke,etc..
Ketiga,golongan itu mmg dia tidak setkan langsung niat dia hidup kat dunia ni adalah untuk mencari keredhaan Allah Taala,malahan hidup kat dunia ni adalah semata2 untuk mencari kekayaan,populariti n etc..
Jadi aq cakap,aq mungkin lam golongan kedua..huhu"

Lepas itu,setelah Zuhair puas ngn jawapan aq,perbincangan topik kiteorang un berakhir.
Mmg penat ar jari jemari aq menaip msj uh.Haha,tapi takpa,sekurang kurangnya ada gak org ingtkan aq kembali apakah tujuan sebenarnya aq hidup kat dunia ni.

Jadi kesimpulannya,marilah kita refresh balik diri kita,muhasabah sekali sekala tgk apa tujuan kita hidup kat dunia yang sementara ni.Sebab kita ni manusia kadang2 terlupa kan??Hehe
Sekian saja,Wallahua'lam

Tuesday, April 27, 2010

Terasa Syahdu..

Assalamualaikum..

Malam ni aq terasa sangat syahdu+terharu..
Tatkala aq sedang on9,aq bukak nasyid.fm..
(Ni kali pertama aq bukak nasyid f.m through laptop.Huhu,)

Besela,setiap radio ada lagu2 dia kan n ucapan2 segala..
Sedang aq melayan lagu nasyid,tetiba lepas uh ada ucapan,

"Daripada Abbas di Muar,ingin menujukan ucapan kepada Amirul yg berada di Mersing yg sentiasa bersama senang dan susah dgn sebuah lagu kiriman Asma Allah dr Sami Yusof"
*lbey kurg camtu la ayat..err

Huhu,tak sangka aq ada gak kawan aq camni.Aq tau Abbas rapat ngn suma org tapi mmg bnyak masalah kitaorg kongsi bersama..

So aq mmg appreciate la apa yg dia wat cz dia un appreciate aq lam ucapan dia..huhu

Ni je la post pendek aq,
Sayang ko Abbas dunia akhirat..ukhwah fillah abadan...abadan..abadan..insyaAllah..
=)

p/s:sapa agy nak wat ucapan kat aq??huhu,mana tau pasni kat hot fm lak ke..haha

Saturday, April 24, 2010

Jeles Seyh..

Assalamualaikum..

Hai3..aq rasa malas tapi update gak la blog ni.Huhu,tapi tajuk posting aq kali ni cam negatif je arn??
Haha,suka ati ar blog ana..(Tetiba ana)..

Huh,kenapa aq mesti jeles??
Kenapa??
Kenapa??
Kenapa??

Saje je ah,aq baca blog dak gojes,blog hayyan,blog ayan..aq jeles ar..kehidupan dorg kat intec uh.Haha,Sebenarnya aq bukan jeles sgt un dorg dapat g overc,aq jeles pasal life dorg..cam gempak je..cam,

"kamilah educated students!!"
"Kami bakal fly"
Kami straight A students!!"

*gurau2 je..
Haha,takpe,aq un bakal masuk u gak,nnti aq ada life yg gempak gak..Haha,berangan tak abis2.
Sebenarnya life uh depend pada diri kita la.Lau kita pandai create suasana,best lah life kita.Lau dah org uh hidup dia dull je,huh,sampai bila2 la boring..huhu

Sebab.hidup aq ni sekarang boring,sebab uh aq nak cepat masuk u,bebas sikit..haha.Dok umah,takle nakal2 sgt..agaga.

So,ni la post aq yg pendek.Saje nak berkongsi kejelesan aq kat korg sume kat Intec uh.haha.
Kepada USIM,
Aq,Areena,Iqa,Safwan,Syaufiq,AisyahAniep..n sape2 je la lagi yg nak masuk USIM kitaorang menanti surat tawaran dari kau!!

Semoga kita semua dapat masuk U yg diidamkan,InsyaAllah..

p/s:kepada dak2 INTEC jgn marah eh baca blog aq nie..haha



Wednesday, April 21, 2010

Persahabatn=Ukhwah??

Assalamualaikum..

Sudah lama tak mengupdate blog ni..rasa malas un ada,topic ada je.Huhu.
Ha,ni aq nak tny korg sume,

Apa definisi kawan baik@bezfren bagi korg??
Korg rasa bezfren uh penting ke lam idop korg??
Bg korg bezfren uh mesti ada satu je ke or le banyak??
haha..

Pelik tol soklan aq.
Betul en,lam idop ni lau ada kengkawan mesti best en??Org kata kawan2 la yg paling rapat ngn kita selepas ibu bapa..even kngkdg all prob diorg cerita ngn kengkwan bukan ngn parents.
Same goes to me.
Aq sangat menghargai persahabatan yg telah aq lalui 2 taon kat KISAS.
Dengan sume membe2 aq ar termasuk all my bezfren.
Tapi,lately ni pas dapat result..dorg sume jrg contact aq..tak kira la msj ke,ym ke..atau pape je la.

Adakah dorg da lupakan aq??
Atau dorg sume da berjaya,tinggalkan aq yg kurg berjaya ni??

Huhu..sememangnya aq atau sesiapa je la tak le berfikiran cam uh.
Tak semestinya lau bezfren mesti msj hari2,mesti call,mesti ym..
Mungkin dorg bz,
Dorg ada hal yg kita tak tau..
Sememangnya kita tak le underestimate nilai persahabatn uh,

Macam kawan baik aq cakap,,

"x kesahla jrg macam mana sekalipun dia contact kita,tapi yg penting apa yg dia bawak kpd kita,apa yg dia bg kat kita...kalau dia selalu bagi kebaikan kepada kita,,selalu nasihat kita,selalu tego kita,so layak la dia jd kawan baik kita"


Jadi.selalu contact@tidak uh bukanlah tanda pengukur nilai persahabtan kita en??

Ada lagi satu nasihat,

"kalau kita nak ukhwah kita kekal sampai syurga,insyaAllah kenalah ukhwah kita kerana iman dan Allah,bukan kerana kekayaan,kepandaian,kekacakan..n segala apa yg berkaitan ngn dunia la,sbb tak lama bila semua tu hilang,maka hilanglah ukhwah..jd bukan ukhwah ni yg kita nak..renungkan,,"

p/s:Tapi kat korg2 sume jgnla sampai tak contact aq langsung,haha..bosanlah hidup ini..agaga

Tuesday, April 20, 2010

Akim-Inilah Cinta Official Music Video [HQ]

Saja nak kongsi muzik video ni..suka sangat..enjoy yea..haha


Wednesday, April 14, 2010

Ok...Aq un kena tags!!

Ok,aq un kena tag..adoy,pape un thanks to Mr Fye..

Rules: It’s harder than it looks! Copy to your own blog, erase my answers, enter yours, and tag five people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real, nothing made up! IF the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any words twice and you can’t use your name for the boy/girl name question.

What is your name :Amierul

A four Letter Word :Adoy

A boy’s Name :Amir

A girl’s Name :Amira

An occupation :Aq kerja kat kedai fon..agaga

A color :Azraq iaitu biru..haha

Something you’ll wear:Aq punye suka la nak pakai hape..agaga

A type of food :Apple pie..


Something found in the bathroom :Air mandian la..


A place :Amirnye umah..*aq selalu lepak dulu..agaga

A reason for being late :Ada hal cikit tadi..*rahsia takle g tau..


Something you’d shout :Aq nak dye kawan ngn aq!!!

A movie title :Adnan sempit..


Something you drink :Air Tembikai..*aq suka sangat!!

A musical group :Amierul nye kelab Zapin..haha

An animal : Arnab..*comel deyh

type of car : Alonso nye kereta..*laju..

A type of fruit :Anggur..



Huh,akhirnya siap gak..penat pk seyh..So,sape nak kena tags??Yg rasa sedih tader org nak tags dye??nnt call aq ea,aq tags kan..hahaha


p/s:Aiman Ismail..ko nak kena tags en??Nah special dr aq..agaga

Tuesday, April 13, 2010

Pelajar KISAS...Istiqamah ke aq??

Assalamualaikum..

Sudah lama rasanya aq tak menulis dalam blog aq ni.Kepadatan waktu kerja dari pukul 9.30 pagi sampai 9.30 malam,membuatkan aq keletihan setiap hari dan tidak bermaya untuk meluahkan segala isi hatiku dalam blog ini.

Tapi,pada pagi ini,aq mengambil sedikit ruang dan peluang sebelum aq pergi kerja untuk menulis di dalam blog ini.

"Sebagai Bekas Seorang Pelajar KISAS..Istiqamah Ke Aq??"

Persoalan yg sering bermain di dalam akal fikiran ku.
Aq bukan lah Exco Badar..juga bukanlah Naqib,tapi adakah sebagai seorang pelajar biasa,aq boleh membiarkan saja diriku terumbang-ambing??

Pasti tidak bukan.Akan tetapi,semakin hari aq rasakan tarbiyah yg aq telah terima 2 tahun semakin pudar,aq rasakan diriku semakin teruk.
Astaghfirullahalazim..

Berada di rumah,di tempat kerja,aq rasakan sangat susah untuk istiqamah seperti di KISAS.
Aq tak tau sampai bila aq mampu bertahan lagi menjalani keadaan seperti ini.Aq rasa seakan begitu berdosa kerana jarang mengamalkan apa yg aq terima di KISAS.

Ianya seolah2 aq melakukan segala amalan tersebut disebabkan org lain di KISAS melakukannya.

Hubungan aq dgn Allah juga semakin jauh.Kesempurnaan solatku entah kemana,solat sunatku semakin berkurang,puasa??huh,sudah lama rasanya aq tak berpuasa sunat.Kalau dahulu di KISAS punyalah rajin puasa.Isnin,Rabu,Khamis...sekarang??Tak berdaya lagi aq..

Bukanlah niat di hati untuk menceritakan keburukan dan kelemahan diri sendiri,akan tetapi juga sebagai peringatan kepada semua sahabatku yg berada di luar sana.

Kepada korang yg berada diluar sana yg mampu beristiqamah,teruskan..jgn pernah menyesal akan apa yg telah korg wat,InsyaAllah ganjaran yg besar menanti di akhirat kelak.Kepada yg rasanya ada perasamaan dgn nasibku ini,marilah kita bersama2 mendoakan antara satu sama lain.InsyaAllah dimakbulkan..

Ok lah,pagi2 ni elok wat solat dhuha,jom!!

Assalamualaikum!!

p/s:Tapi taderlah smpai aq wat benda2 yg dosa besar2 gila..agaga

Sunday, April 4, 2010

Syukur Alhamdulillah..Mereka Masih Hidup..



Assalamualaikum..
Sudah lama rasanya aq tak mengupdate blog nie.
Aq sangat la busy bekerja.Orang len sibuk pk pasal intebiu,aq still ngn kerja aq.Ye lah dah aq tak dapat scholarship,nak wat cmner en??

Tapi tu bukan le cerita yg aq nak kongsikan kali ini.
Korang nampak kan kereta kat atas uh??
Teka kereta sapa??

Sesungguhnya,malang tidak berbau.Itu adalah kereta parents aq.
Kemalangan ini berlaku pada hari semalam iaitu 3 April 2010.

Ceritanya bermula begini.
Semalam parents aq pergi ke Kulai untuk membeli kereta kancil baru.
Jadinya,semalam parents,adik2 aq,n pakcik aq pergilah ke Kulai menaiki kereta Waja bapak aq.
Masa nie aq tak ikot cz aq kerja en.

So nak dipendekkan cerita,bila dah nak balik kereta baru uh mak aq yg bawak n ayah aq kat sebelah.Kereta Waja lak pakcik aq yg bawak n adik2 aq ada lam kereta Waja uh.

So,ketika mak aq bawak kereta uh ujan turun au.Sampai je kat Nitar,mak aq cakap dye dah tak nampak apa2,rasa gelap..terus berlaku accident.

Sangat mengerikan apabila mak aq kata kereta kancil uh bergolek2 dekat 4 kali,n last sekali kereta uh terbalik sehinggakan keempat2 tayarnya keatas.
Mak n ayah aq keluar melalui tingkap kereta.Time uh mmg ramai org ar.Aq time uh tader jd nya aq un tatau cmne keadaan sebenarnya.

Tapi,Alhamdulillah..walaupun kereta uh bergolek sampai macam uh sekali n remuk gile,tapi mak n ayahku masih selamat.Hanya luka2 kecil dan lebam sahaja.
Dan nasib baik adik aq yg baby uh duduk lam keta lagi satu.Lau tak tatau ar apa yg jadi.

Aq sangat2 bersyukur kepadamu Ya Allah kerana Engkau masih membenarkan aq mempunyai ibu dan ayah.Segala puji bagimu Ya Allah..

Syukran..