Tuesday, March 23, 2010

Alhamdulilah,dapat kerja baru..

Assalamualaikum..

Hai3,aq sungguh keletihan hari ini.Huhu,aa,aq da dapat kerja baru,kat kedai fon.Alhamdulillah,
Erm,ok gak la kerja kat sini,ye la kedai fon en,bkn wat kerja bnyak sgt un,tapi penat gak ar.
Aq kerja dari pukul 9.30 pagi sampai 9.30 malam.

Alhamdulillah,kali ni tiada halangan untuk aq menunaikan solat.Malahan,aq takyah kuar jauh2 un nak g solat,haha,aq bawa je sejadah sembahyang kat belakang kedai uh(sek bek ada ruang)..

Hurm,tula kat kedai uh lau pekerja aq sorg je la laki.
So mmg dikelilingi perempuan la.Adoy,bnyak tol cabaran
Huh,ye la ua org tak pakai tudung,so cabaran dari segi pandangan uh.Takpe,aq akan cuba untuk menjaga pandangan aq sebaiknya.Huhu.

Selain tu,akak2 uh selamba dek je sentuh tangan aq la,tepuk belakang badan aq la.Adoy.Huh.
Cam tadi,ada akak uh dekat2 ngn aq,pas uh aq wat mengelak ar.Then dia cakap,

"ish takut sangatla aq sentuh dia tu,ada air sembahyang ea?"
"ha,da sentuh pun batal air sembahyang",
*sambil die gelak2

Siot je..huhu.Takpa la,pasnh aq akan cuba mngelak dari perkara tersebut berulang lagi.
Ya Allah kuatkan la iman aq.
Haha,

K,la sok nak keja lagi,aq mmg tak larat nak on9 lagi nh.

Assalamualaikum..

Sunday, March 21, 2010

I'm Quit..Aq Berhenti!!



Assalamualaikum..
Haha aq baru wat post kat blog aq kelmarin ttg aq dapat kerja n aq akan start kerja pada 20 March pukul 10 pagi.Tapi,pada hari tu juga tepat jam 10 malam aq berhenti kerja.Huh.

Macam apa je arn baru kerja sehari da berhenti.
Aq ni lemah sangat ker tak le kerja?
Aq ni tak kuat ke nak angkat barang?
Aq ni mmg tak le kena marah ngn bos ker?
Aq ni mmg anak mak ke yg mmg kerja sikit da mengeluh??

Huh,sume uh bukan la.Takkan la aq cam uh.Huhu.Aq berhenti kerja sebab jadual waktunye sangatla tidak boleh aq ikut sbg Ex Kisasian n sbg Org Islam khasnya.

Korang nak tau tak ni jadual kerja aq,

Isnin-10 pagi smpai 10 malam
Selasa-10 pagi sampai 7 malam
Rabu-10 pagi sampai 7 malam
Khamis-Cuti
Jumaat-1.00 tghhari sampai 10 malam
Sabtu-10 pagi sampai 10 malam
Ahad-1.00 tghhari sampai 10 malam

Ni la yg probnyer..
Hari Isnin n Sabtu aq le rehat juz kol 2 ptg n 7 malam.
Hari Selasa n Rabu rehat kol 2 ptg.
Hari Jumaat n Ahad rehat kol 7 malam.

Korg le bygkan tak camner aq nak solat??
Cam hari Isnin n Sabtu aq solat asar kol 7 n lam kol 7.20 aq solat maghrib,
Hari Selasa n Rabu solat asar kol 7,
Jumaat n Ahad takle solat zohor n solat asar kol7.

Korg sume faham en situasi aq??
Sebab uh la hari first aq bekerja aq da mintak berhenti.
Masa time mintak kerja die cite everythings pasal rules tapi dia tak cerita plak pasal waktu rehat.
Tak kisahlah walaupun ramai antara korg yg da kerja n dapat gaji walaupun aq tak sempat nak merasa gaji aq sendiri.
Musnah segala angan2 aq nak beli barang2 yg aq idamkan.

Nak bagi RM50 kat adik aq tiap2 bulan,
Nak bagi RM 200 kat mak aq,
Nak beli Teddy Bear tok adik baby aq,

Takpa la,hubungan dengan Allah Taala itu lagi penting,
Takkan la semata2 nak dapat duit sanggup lewatkan solat asar n tak solat zohor.
Biarla,aq harap rezeki aq ada ditempat lain.
InsyaAllah,aq akan cuba cari kerja di tempat lain.
Doakan aq yer!!

p/s:Baju kat atas uh kali pertama aq pakai n kali terakhir gakla aq pakai..huhu

Saturday, March 20, 2010

Kerja Oh Kerja..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Korang sume ingt tak dulu time pas abis SPM,masing2 sibuk cari kerja.Pas uh da dapat kerja mula la gatal tgn cite lam blog.haha.Tapi lantak la blog dorg gak..haha

Cam aq dulu,masa bulan Januari-March,aq tak keja un.Aq bnyk tolong mak aq kat umah ataupun nama popularnya Bibik Lepasan SPM..haha.Ye la,nak pikir nak dapat wit mmg la,tapi da mak aq suruh tolong die kat umah,apa yg mmpu aq lakukan??Ikut je la,,huhu

But,now after got the result,aq makin boring.Ye la,lau nak masuk Tamhidi uh lau ikut jadual 3 Julai,mak ai lambat lagi.So bek aq cari kerja.At least bile aq dapat gaji aq le beli spek mata baru tanpa mintak wit mak aq,n..beli Teddy Bear baru tok adik babyku..hehe

Semalam(18 March),aq g mohon kerja kat sebuah pasaraya ni n aq tau mmg akan dapat cz mmg dia perlukan pekerja un.Sampai je lat pasaraya uh,aq jd malu2 kucing..ngee~

Haha,aq tatau nak tny kat saper nak mintak kerja,kat bhgn mana,kat mana tempat bos die.Sekali,ada seorang makcik nh,pekerja die gak..

"Erm,nak cari keja ea??Ha,lain kali tanya,tak tanya nanti sesat jalan,kalau tanya pasal awek pandai pulak ko ek??"
*Dalam nada sambil gelak2

Siot mak cik uh,bising tol mulut die.Haha,then die tunjuk tempat bos uh.Aq g n isi form sume n kena temuduga.Cakap punya cakap at last dapat gak aq keja kat situ.Erm,waktunya dari kol 10 pagi sampai 7 malam.Gaji rm500 je.Takpe la,asal ada gaji aq bersyukur.

So besok 20 March aq akan start keja.Ish tak pernah lagi aq bekerja ni.Maklumla anak Dato'..haha
*perasan

Aq takut seyh,ye la maklumla first time.Everything yg kita lakukan tok kali pertama mesti cuak en??
Aq takut ada budak buli aq,
Aq takut dianiaya,
Aq takut tader kawan,
Aq takut time balik kerja kena rompak,li***,

Haha,bukan le kira sekarang.Lelaki un le kena cam uh.Huhu,takpe,walaupun aq comel,aq akan berhati2.haha.

Go mirOl,go mirOl...Aq tau ko boleh..haha..
Kawan2 sume,doakan aq yer,
Semoga aq dapat kerja ngn baik n disenangi dgn sume org.

Assalamualaikum..

Thursday, March 18, 2010

Setelah Sekian Lama Menyepi...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Ramai tnya kat aq,

"Asal ko macam menyepi je ek??"
"Ko da tak update blog ker??"
"Asal ko jd pendiam ni??"

Hurm,adoy macam2 org tnya kat aq.Act aq mmg cam da malas nak berblogging ni especially pas dapat result.Huh.Ye la mana tknyer bukak blog org len je mesti cite pasal result dorg yg gempak uh.Huhu.

Tapi suka hati dorg la blog dorg.Haha.Erm,pas dapat result uh aq hampir putus asa actually.Maklumla result aq trok.Huhu,tak dapat straight A.Siot je.Time uh aq mmg pikir negatif je.Salahkan diri la,salahkan org len ar,salahkan pemeriksa la..Huhu

But,skunk nh,aq tak lagi.Aq kembali berfikiran positif.Yeah!!Aq terima result aq seadanya.Mungkin Allah nak balas atas dosa2 yg pernah aq wat atau Allah nak uji sejauh mana pergantungn aq kpd Allah.

Takpe.Mungkin ini adalah yg terbaik untuk diri aq.

_____________________________XXX______________________________

Tarikh tok apply JPA n MARA da un tamat.Aq?..Erm,aq apply MARA coz MARA utamakan bumiputera.Ye la,result tak ok,nak apply JPA nak compete ngn dak straight a lagi,compete ngn dak cina,india lagi..huhu.mmg ssh la aq nak dapat.So,aq amik MARA.

Actually,aq nak sambung lam bidang agama,tapi MARA n JPA mana ada nak taja pasal course uh,tapi aq tetap nak apply gak.Korg tau aq amik course apa?Haha,siot je aq le apply lam bidang Tenaga Pengajar Tindikan(Matematik/Science)..Siot je..haha

Entahla,aq da pilih da un nak wat camner.Lau dapat,alhamdulillah.Erm,tapi disebabkan aq nak sambung bidang agama,yg aq tau ada biasiswa satu je iaitu Amanah Raya.Rasanya,dia akan open lam bulan April kot.Lau ada,aq akan try apply la,mana la tau dapat,le g MESIR..haha

_____________________________XXX______________________________

Universiti Sains Islam Malaysia@USIM

Korang sume da isi upu en??Course apa??U apa??
Hehe,aq da isi gak.First choice aq amik course Tamhidi Syariah Dan Undang-Undang kat USIM la.Aq sebenonya cam berat hati nak amik course ni,ye la bidang agama ni bkn le main2.Haha,org lak da start panggil ustaz.Huhu.Yang aq tau bahasa perantaraannye Bahasa Arab.Adoy,harap aq le survive la.

Nak cite,huhu..setakat ni yg aq tau ada 3 org je dak KISAS yg apply USIM as first choice,Aq..Areena..n Syafiqah.Sape lagi ar nak masuk USIM??Cakap kat aq..hehe.Ntah,USIM ni u baru+lawa+besar kot..tu yg aq semangat sikit nak masuk.UIA un apa kurangnya.Aq tak kisah un lau masuk antara dua uh.Huhu.

Orang sibuk nak p overc aq sibuk nak masuk USIM.Takpa la,lau rezeki aq ada kat luar negara aq g la.Lau mmg aq da ditakdirkan belajar kat Malaysia ni,aq terima ngn hati yg terbuka.Yang pentingnya,niat kita uh nak menuntut ilmu.N yg penting gak usaha kita lam mendapat ilmu pengetahuan uh.Tak guna lau pandai tapi pemalas.Tapi,lau kurang pandai tetapi rajin berusaha org tu la yg akan berjaya.Huhu.

Jadi ingtlah para sahabat,kita belajar bukan semata2 nak dapat kerja yg gajinya beribu2 ringgit,bukan saja nak mengejar kemewahan dunia,atau keglamoran semata2,tetapi..ingin menuntut ilmu untuk dibawa bekalan ke akhirat kelak.

Maassalamah.Assalamualaikum!!

Saturday, March 6, 2010

Geng Bilik Guru!!


Amierul.. Daniel.. Hayyan..


Kami lah Geng,Geng,Geng Bilik Guru..

Haha,cam sengal je post kali ni.Tapi,biarlah..hehe.Well,nampak gambar kat atas uh??Kiteorg lah ahli Geng Bilik Guru!!

Ada apa ngn
Geng Bilik Guru??
Apa yang korang wat kat bilik guru??
Nampak cam educated je,korang g study ngn cikgu2 ea??

Haha,ternyata semua persoalan uh salah.Tapi yang educated uh mmg btol la,coz kiteorg tiga lelaki top kat 503..haha

*Perasan

Erm,geng ni tader pape un.Saja wat gempak.Hayyan ar ni bg nama nh.Siap wat tatu kat tangan pakai pen nak show yg kiteorang nh ahli Geng Bilik Guru..Haha.

Kiteorang suka gelar diri as Geng Bilik Guru coz setiap hari mesti g bilik guru.Waktu paling selalunye waktu rehatlah n waktu balik.Kengkadang lau cikgu tader lam kelas un kiteorang saje je keluar then g bilik guru..haha

Kiteorang bukan wat apa un,saje memetom+berborak+bergosip ngn cikgu2.Mangsa utama Cikgu Mariah la.Haha.Lagi2 amierul,amierul suka sakat Cikgu Mariah.Then kiteorang berborak la.Lama seyh.Lau nak lama lagi lau pas abis skul.Mmg lau pas memetom ngn dye alamatnya makanan kat dm uh mmg tak sempat ar nak makan..huhu

Mangsa kedua n ketiga tok bergosip ialah Cikgu Aumi n Cikgu Marina.Dorg nh satu geng.Kat bilik guru un dok sebelah en??Pasan??huhu.Time nh la bergosip paling hangat,cite pasal students lain la,pasal even skul la,pasal cikgu2 la..haha.Asalkan ada topic nak memetom,so memetom je la.Best ar,dua2 cikgu ni sporting!!Sayang cikgu!!

Mangsa keempat ialah
Ustazah Aziah.Hehe,Ustazah ni mmg ustazah tapi gosip tetap kena.Haha,Ustazah ni satu geng ngn Ustazah Yusalmah,Ustazah Noreidah,Miss Lin,Miss Lini,Madam Raja Mohana,n most yg dekat2 ngn meja dia tu ar.Tapi,selalunya Hayyan ngn Daniel jarang ikut amierul g bergosip ngn Ustazah ni.Hehe,paling kelako time amierul bergosip pasal "pengetua"..haha.Time uh kan hangat cerita pasal pengetua,ala yg nak wat "petition"uh..hehe

Mangsa kelima sudah semestinya
Cikgu Sakinah.Dengar dia gelak un sudah semestinya membuatkan kiteorang gelak sama.Hehe.Tapinya,ssh sikit nak ajak dia borak lama2.Dia ni garang sikit,hehe..So borak ala kadar je la.Tny markah exam ke,walaupun da tny 3 or 4 kali..haha

Mangsa seterusnya ialah
Cikgu Nik Norlan,Cikgu Khazanah,Ustazah Khairiah n Ustazah Zubaidah.Kalau ngn cikgu2 nh kiteorang selalu borak lau rasa cam nak kco dorang or cikgu2 yg len da tader kiteorang g le meja dorang.Haha,saje kaco je.Kadang2 dorang soh tolong wat sumting ke kiteorang tolong ar..Tapi,ok gak la ngn cikgu2 nh..

Haha,tu la antara cikgu2 yang selalu kiteorang kaco..Mmg best rasanya lau kite ni makin rapat n dekat ngn cikgu2,bukan setakat lam kelas je.Kenangan bersama cikgu2 takkan kiteorang lupekan terutamnya bg
amierul sendiri bersama Cikgu Marina n Cikgu Aumi kerana tatkala dihadapan mereka lah air mata amierul jatuh berlinangan..huhu

Diharapkan hbngn kiteorang bersama guru2 akan tetap berkekalan sampai bile2 walaupun skunk kiteorang bukan lagi pelajar Kisas..dan kiteorang sudah tidak mmpu untuk ke bilik guru lagi..huhu.

Ok,sekian saja..Assalamualaikum!!

P/s:Maafkan kiteorang cikgu lau kiteorang ada menyusahkan cikgu,kami sayang cikgu semua!!

Friday, March 5, 2010

Le Tour De Langkawi..

Assalamualaikum!!

Hai3 sume..amierul in da house..haha..Hurm,arini amierul saje je nak post pasal Le Tour De Langkawi ni.Hehe.Memang lau setiap kali dianjurkan mesti akan lalu depan umah amierul.huhu

Well,nak kata bese2 uh mmg da bese la tengok dr dekat tapi mmg setiap kali ada je mesti nak tgk gak.Haha.Aritu,masa die lalu depan umah amierul time uh hari rabu(3Mac).

Amierul dr dalam umah je da dengo bunyi hon keta polis sume,mmg bnyk la hon.Mula2nya taknak kuar,cam malas cz time uh nga tgk Digimon,haha,tapi dgo bnyi2 n segala bnyi tu r wat cam eager nak g tgk..haha.So amierul un kuar ar kat bustop depan umah amierul uh lam kol 12 tghhari.

Org mmg da penuh ar kat sini,sume nak tgk.Haha,mmg panas ar aritu.Kedai makan kat sebelah uh untung cz org bnyk beli air cz dahaga.Haha.Amierul juz ngn fon amierul waiting,waiting n waiting,,Huhu..Tetibe......Kereta peronda polis moto sume lalu.So amierul nga duduk kat bangku un n org len gak serta merta bangun g kat tepi jaln nak tgk..tggu punye tggu keta polis n keta LTDL je yg bnyk..Mana pelumba2 nya??

Habis je keta2 uh berlalu pelumba2 un tetap takde..Kiteorg un sume balik la kat tempat duduk td.N this thing berlaku 3 kali.Ibarat cam tertipu ar.Adoy ,cam geram ada cam kelako ada.

Pukul 1 tghhari,sekali lagi kiteorg dikejutkan ngn bunyi2 segala bnti tu ar.Erm ingt da tak nak caya tapi tetibe nmpak la basikal lalu,apa lagi seme berlari ar ketepi jalan nak tgk.Fuhh,mmg laju giler ar dorg bwk.Sume bersorak n cam meriah g2.Tapi Tak sampai 2 minit un then abis.Haha,Tggu nak dekat sejam tapi dapat tgknye 2 minit je.Tapi,tak kesahla..ok la uh.

Hehe,kat bawah ni ada video LTDL ngn menggunakan kamera henset amierul yg mmg tader kualiti.Tgk la ye..k..Assalamualaikum!!

Thursday, March 4, 2010

Jom Jawab Tag!!

Thanks ye syaufiq mengtag aq..sori lambat..

1.- Adakah anda rasa HOT???
Sememangnya aq hot ngn plbagai kontroversi..haha

2 - Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!





3 - cerita pasal gambar
Woho..cerita feveret aq Merlin..Best siot tp 4 season nh da abis da.Hope season 3 akn ada lagi.

4 - bila kali terakhir anda makan pizza?
Masa balik dr kisas ke kuantan ngn Izzudin..First time mkn pizza harga RM34..huhu

5.- lagu terakhir anda dengar?
Lagu noktah cinta.Saja letak lam blog aq..

6.missing question.

7- selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?
Kat umah along.Kat skul ada panggil emi,mirul,mirol,amirul,mie,amir..huhu

8 - tag lagi 8 org
giler kntang.bnyak nyer.
1.Izzudin
2.Syinon
3.Fye
4.Solihin
5.Nawal
6.Iqa
7.Syaufiq
8.Sarah iman
p/s:korg sume da kena tag en??aq saja tulis..haha

9 - siapakah org no.1 kepada anda?
Antara kawan baik aq kat kisas..bnyk mngajar aq tentang perjuangan hidup

10 - katakan sesuatu mengenai org no.5
Aq suka cara ko jalan..hehe

11 - no.3 ada hubungan dengan siapa?
Dak Thoriq kot..huhu

12 - bagaimana pula dengan no.4
Hantu thoriq..haha..tader la..dak paling rajin kat blog Thoriq..

13 - pesanan kepada orang no.6
Ko mengecapi kejayaan seiring ngn aq time PMR..harap Spm un sama..huhu

14 - kata2 cinta untuk orang no.2
Thanks atas segala hadiah yg ko bg..cumenya t shirt da ilang time kat kisas..huhu

15 - adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
Dua2 ada blog..haha

16 - berikan 5 yg anda tau tentang org yg mengtag anda
Sejarawan,terer sejarah,suka baca novel,suka berfalsafah,ada gaya tersendiri

17 - persamaan antara KAMBING dan LEMBU?
Dua2 halal dimakan..

18 - perasaan anda wat tag ni?
Biase2 je..relax sudah..haha

19 - adakah anda tau si razman itu sengal?
Aq tak kenal la Razman uh saper..huhu

20 - a)GAY or b)LESS
Erm,not sure nnti aq check..haha

Hurm..lulus gak..

Assalamualaikum!!

Hai3 sume..erm bape ari da tak update blog ni ek??Erm,maklumla amierul bz lately ni,bnyk keja nak wat.Lagi un lam masa seminggu sebelum nh,amierul ari2 g blaja moto cz nak test.Bile da balik je mula la lepak badan rasa letih.Huhu.Pas uh tido.Haha.So cam malas nak on9 ni.Hehe.

But,now amierul da rasa lega.Ye la amierul da test jpj motor td.Huhu.Alhamdulillah,amierul lulus test tersebut.Pagi tadi,mula2 daftar amierul dpt no giliran yg ke 23.Huhu.Bajet cam lama je,padahal sekejap je.Hurm,ada akak uh die giliran first.Bw je..upps,jatuh titi,,huhu,fail la die bhgn2.

Org sume da rasa cuak cz org yg pertama jatuh titi.Huhu.Ye lah,kita time belajo mmg ar ok je atas titi uh.Tapi,lau time test uh buatnye Allah un nak test kita,le jatuh gak en??Tapi sekbek amierul lepas ngn masa 10 saat.

Hurm,tu je la nak cite.Kirenya pas nh amierul le dapat P da la.Hehe,terasa nak amik lesen keta tapi mak tak bg nak wat cmne en..takpa la,moto un da cukup.Amierul mmg syukur sgt2 cz amierul rasa Allah bantu amierul start dari ujian komputer lagi sampai la test jpj,maksudnya segala urusan amierul dipermudahkan Allah,Alhamdulillah..

Ok,la..Assalamualaikum!!

p/s:Abid amierul akan sahut cabaran abid g kedah nek moto..haha(hiperbola)